PENGENALAN
Enviro knowledge management centre atau dikenali sebagai EKMC mula dilancarkan pada 28 Januari 2014 dan dirasmikan oleh Ybhg. Dato Halimah Hasan selaku Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar pada waktu itu
EKMC merupakan repository terbitan Jabatan Alam Sekitar yang telah dirancang pada tahun 2012. Perancangan ini dimulakan dengan kajian berkaitan perpustakaan digital di pejabat kerajaan sekitar Putrajaya. Soalan soal selidik diedar melalui email kepada semua Pustakawan perpustakaan yang ada di Putrajaya dalam tempoh dua minggu.
SOAL SELIDIK
EKMC lebih tertumpu kepada semua terbitan jabatan alam sekitar dan termasuklah EIA yang telah mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar bagi tujuan rujukan kepada pengguna terutama pelajar Universiti dan juga orang awam yang terlibat dengan program alam sekitar. Kerjasama
Perancangan,bertindak dan berusaha menjadi pemangkin kepada penubuhan sistem EKMC ini. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak termasuklah penyelaras bahagian, JAS Negeri serta cawangan menghasilkan satu impak positif dalam penyediaan EKMC ke tahap yang cemerlang terutama di peringkat Jabatan Kerajaan.
Urusetia Projek Pada tahun 2012
Berikut adalah paskukan yang menggerakkan EKMC pada awal permulaan 2012 yang terdiri daripada..
1. Ketua Projek : Dato’ Dr. Ahmad Kamarul Najuib bin Che Ibrahim,
Timbalan Ketua Pengarah Pembangnunan
2. Penyelaras Projek : En. Wan Azuan Shah bin Wan Mohamed
Pustakawan
3. Pegawai Teknologi Maklumat : En. Mohd Al-Hafiz bin Mohd
4. Urusetia :
a) Hasnida Jakeria
b) Sakinah Deraman
c) Rosfaruzah Rosali
d) Farah Nadiah Bt Mohd Noor