Majlis Persaraan YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Kamarulnajuib bin Che Ibrahim

Pada 25 Jun 2019 satu majlis persaraan Dato’ Ketua Pengarah Alam Sekitar telah berlangsung di lobi aras 1 Jabatan Alam Sekitar. Beliau telah berkhidmat selama lebih 30 tahun dalam perkhidmatan Awam dan kini beliau diraikan dalam majlis persaraan dan penyerahan tugas kepada Ketua Pengarah yang Baru.

En Azman bin Mamat selaku Pengarah Bahagian Pentadbiran dan Kewangan telah membuat pengumuman bahawa Ketua Pengarah baharu bagi Jabatan Alam Sekitar ialah Puan Norlin binti Jaafar.

Majlis ini juga dihadiri oleh pengarah bahagian dan juga negeri bagi memberi penghormatan dan ucapan terima kasih kepada Dato’ sebelum beliau bersara.

Semua yang hadir mengambil peluang untuk bersalaman dan mengucapkan terima kasih atas khidmat serta nasihat
beliau sepanjang menerajui JAS. Di akhir majlis ini, diadakan juga sesi bergambar Bersama Dato’ serta kesemua yang hadir pada majlis tersebut.

Post a comment

Share on:

Paparan terbaik menggunakan IE9 keatas / Mozilla Firefox 11 ke atas dan Google Chrome, resolusi 1280 x 720. EKMC@

Share on:
Enviro Knowledge Center