Operasi Pemeriksaan Bersepadu Di Pasir Gudang Oleh Jabatan Alam Sekitar

Fokus operasi pemeriksaan yang dilakukan adalah terhadap kilang-kilang yang tiada lesen perniagaan. Majlis Pembandaran Pasir Gudang (MPPG) telah menyita kilang-kilang tanpa lesen tersebut dan di arah henti operasi. Tindakan seterusnya adalah mengarahkan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik dikilang tersebut. Operasi bersepadu ini melibatkan pegawai-pegawai dari Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) & Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JAS).

Sehingga 10 Julai 2019, JAS telah mengeluarkan sebanyak 119 kompaun bagi pengendalian buangan terjadual, 10 kompaun bagi kesalahan efluen industri, satu kompaun untuk loji kumbahan, 55 notis arahan, 11 perintah tahan operasi dan tiga tindakan syor mahkamah.

Operasi bersepadu minggu ini melibatkan pegawai-pegawai;

  • Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)
  • Angkatan Pertahanan Awam (APM)
  • Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  • Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Keselamatan Pekerjaan, Kesihatan Pekerjaan (DOSH)

Post a comment

Share on:

Paparan terbaik menggunakan IE9 keatas / Mozilla Firefox 11 ke atas dan Google Chrome, resolusi 1280 x 720. EKMC@

Share on:
Enviro Knowledge Center