Pengenalan

EMUSEUM atau dikenali sebagai Enviro Museum mula dilancarkan pada 15 September 2015 dan dirasmikan oleh Ybhg. Dato Dr, Ahmad Kamarulnajuib BIn Che Ibrahim selaku Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Jabatan Alam Sekitar pada waktu itu EMUSEUM merupakan repository terbitan Jabatan Alam Sekitar yang kedua selepas EKMC di Unit Perpustakaan yang telah dirancang pada tahun 2014 lagi. Perancangan ini dimulakan dengan lawatan ke Jabatan Muzium Malaysia bagi mendapatkan input,khidmat nasihat sereta pandangan mengenai pelaksanaan EMUSEUM

Fasa Pelaksanaan

Pada peringkat permulaan Pengerusi Projek TKPP pada waktu itu Dato' Ahmad Kamarulnajuib Bin Che Ibrahim mempengerusi mesyuarat Pertama EMSUEUM Bil 1/ 2015 dan telah melantik Ahli Jawatankuasa Kerja seperti pelaksanaan EKMC. Namun demikian EMSUEUM lebih berfokus kepada sejarah aktiviti jabatan, dari penubuhan jbatan Alam Sekitar hingga ke hari ini. Pada mesyuarat kedua tahun 2015, satu bengkel telah diadakan bersama Pengarah Jabatan Muzium Malaysia dan dijemput untuk berkongsi pengetahuan serta pengalaman beliau dalam bidang pengurusan Muzium bersama Ahli Jawatankuasa EMUSEUM Selepas bengkel tersebut gerak kerja telah dimulakan dengan mengumpul gambar setiap aktiviti di setiap Bahagian Ibu Pejabat, Di Jabatan ALam Sekitar Negeri serta cawangan. Bahagian Teknologi Maklumat dan Unit Peprustakaan JAS bekerjasama dalam menyediakan platform online dalam bentuk repository bagi memudahkan penyimpanan maklumat EMUSEUM dan diurus secara sistematik bagi mengakses maklumat tersebut Kini EMUSEUM telah mempunyai lebih 2 ribu aktiviti bergambar yang telah di upload oleh penyelaras EMUSEUM dari Ibu Pejabat , Negeri serta cawangan. Semua bahan bergambar ini akan dijadikan bahan promosi aktiviti jas di Facebook, Instagram dan Twitter JAS bagi hebahan dan makluman.

Urus Setia Projek Pada Tahun 2015

Berikut adalah paskukan yang menggerakkan EMUSEUM pada awal permulaan 2015 yang terdiri daripada.. 1. Ketua Projek : Dato’ Dr. Ahmad Kamarul Najuib bin Che Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Pembangnunan 2. Penyelaras Projek : En. Wan Azuan Shah bin Wan Mohamed Pustakawan 3. Pegawai Teknologi Maklumat : En. Mohd Al-Hafiz bin Mohd 4. Urusetia : a) Hasnida Jakeria b) Sakinah Deraman c) Rosfaruzah Rosali d) Farah Nadiah Bt Mohd Noor