PENGENALAN

Enviro knowledge management centre atau dikenali sebagai EKMC mula dilancarkan pada 28 Januari 2014 dan dirasmikan oleh Ybhg. Dato Halimah Hasan selaku Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar pada waktu itu
EKMC merupakan repository terbitan Jabatan Alam Sekitar yang telah dirancang pada tahun 2012. Perancangan ini dimulakan dengan kajian berkaitan perpustakaan digital di pejabat kerajaan sekitar Putrajaya. Soalan soal selidik diedar melalui email kepada semua Pustakawan perpustakaan yang ada di Putrajaya dalam tempoh dua minggu.

SOAL SELIDIK

Hasil daripada soal selidik yang telah dibuat,didapati kebanyakan perpustakaan di jabatan kerajaan Putrajaya masih belum membina repository dalam pengurusan perpustakaan terutama terbitan Jabatan. Selain, itu ramai Pustakawan yang menyokong jika jabatan kerajaan menjadikan terbitan jabatan direkod,disimpan dan diurus secara sistematik melalaui online.
EKMC lebih tertumpu kepada semua terbitan jabatan alam sekitar dan termasuklah EIA yang telah mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar bagi tujuan rujukan kepada pengguna terutama pelajar Universiti dan juga orang awam yang terlibat dengan program alam sekitar.
Kerjasama
Perancangan,bertindak dan berusaha menjadi pemangkin kepada penubuhan sistem EKMC ini. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak termasuklah penyelaras bahagian, JAS Negeri serta cawangan menghasilkan satu impak positif dalam penyediaan EKMC ke tahap yang cemerlang terutama di peringkat Jabatan Kerajaan.

Urusetia Projek Pada tahun 2012

Berikut adalah paskukan yang menggerakkan EKMC pada awal permulaan 2012 yang terdiri daripada..


1. Ketua Projek : Dato’ Dr. Ahmad Kamarul Najuib bin Che Ibrahim,

Timbalan Ketua Pengarah Pembangnunan

2. Penyelaras Projek : En. Wan Azuan Shah bin Wan Mohamed

Pustakawan

3. Pegawai Teknologi Maklumat : En. Mohd Al-Hafiz bin Mohd

4. Urusetia :

a) Hasnida Jakeria

b) Sakinah Deraman

c) Rosfaruzah Rosali

d) Farah Nadiah Bt Mohd Noor

PENGISIAN PROJEK

Pelaksanaan EKMC ini meliputi pelabagai bahan digital yang telah di convert dari hardcopy kepada softcopy. Ia termasuklah bahan yang sedia ada dalam format softcopy. Kesemua bahan digital ini dimasukkan ke dalam sistem pada setiap hari bagi meastikan bahan tersebut bertambah untuk rujukan pengguna. Sehingga hari ini EKMC telah menempah nama di Word Library Information Congress pada tahun 2018 apabila menyertai pertaningan Library Boulevard di persidangan tersebut . Kini EKMC terus memberi manfaat kepada lebih 20,000 pengguna setahun termasuk dari luar negara terutama negara eropah dan Amerika Syarikat.

Paparan terbaik menggunakan IE9 keatas / Mozilla Firefox 11 ke atas dan Google Chrome, resolusi 1280 x 720. EKMC@

Share on: