Hari Alam Sekitar Negara

Hari Alam Sekitar Negara (HASN) merupakan satu penjenamaan semula yang telah dibuat oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar daripada penganjuran Sambutan Hari Alam Sekitar Malaysia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini. Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) merupakan satu acara tahunan yang telah dianjurkan susulan termaktubnya Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada Oktober 1989. Semenjak tahun 1991, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ketika itu) menerusi Jabatan Alam Sekitar telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti sebagai usaha berterusan Kerajaan untuk menerap dan meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat Malaysia. MASM disambut pada setiap tahun dari 21 hingga 27 Oktober bersempena Hari Alam Sekitar Malaysia yang jatuh pada 21 Oktober.

Atas cetusan idea YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar bersempena sambutan MASM yang ke-25 pada tahun 2015, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah bersetuju menjenamakan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) kepada Hari Alam Sekitar Negara, HASN (National Environment Day).

Sambutan Hari Alam Sekitar Negara telah mula dianjurkan pada tahun 2016 bertempat di Kuching, Sarawak dengan membawa tema buat julung kalinya iaitu “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”

Tema ini dipilih bertujuan untuk menanamkan sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar di kalangan seluruh rakyat Malaysia.

hari Alam Sekitar Negara tahun 2018 telah diadakan di Negeri Perlis Indera Kayangan

Objektif Sambutan Hari Alam Sekitar Negara:-

vMempromosikan pendidikan dan kesedaran alam sekitar secara meluas

vMenyediakan platform kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghayati alam sekitar

vMengiktiraf kepada mereka yang telah memberi sumbangan signifikan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

vMembudaya dan memupuk kesedaran di kalangan masyarakat khususnya dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

Post a comment

Share on:

Paparan terbaik menggunakan IE9 keatas / Mozilla Firefox 11 ke atas dan Google Chrome, resolusi 1280 x 720. EKMC@

Share on:
Enviro Knowledge Center