Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia Ke Pejabat Ketua Audit Negara Malaysia

Program Kunjung Hormat Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia ke Pejabat Ketua Audit Negara Malaysia di Putrajaya serta Taklimat Mengenai Pencemaran Sungai Kim Kim dan Pasir Gudang Serta Pencemaran Plastik di Malaysia bertempat di Bilik Persidangan Utama, Jabatan Audit Negara.

Taklimat dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara Malaysia, YBhg Dato’ Nik Azman Nik Abdul Majid. Taklimat disampaikan oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia, Puan Norlin Binti Jaafar dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, En Wan Abdul Latif Bin Wan Jaffar dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasa, Puan Fenny Wong.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan penguatkuasaan dan tindakan Jabatan Alam Sekitar dalam menangani pencemaran di Sungai Kim Kim, pencemaran di Pasir Gudang dan pengimpotan plastik di pelabuhan utama di Malaysia.

Jabatan Alam Sekitar mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan lebih banyak kerjasama dengan Jabatan Audit Negara pada masa akan datang.

Post a comment

Share on:

Paparan terbaik menggunakan IE9 keatas / Mozilla Firefox 11 ke atas dan Google Chrome, resolusi 1280 x 720. EKMC@

Share on:
Enviro Knowledge Center