Mesyuarat Kerja Semakan Semula Prosedur Tetap Operasi Pengawasan Kualiti Air Marin, Draf Modul Latihan Standard & Indeks Kualiti Air Marin Malaysia 25-27 Jun 2019

Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengadakan Mesyuarat Kerja Semakan Semula Prosedur Tetap Operasi (PTO) Pengawasan Kualiti Air Marin, Draf Modul Latihan Standad dan Indeks Kualiti Air Marin Malaysia pada 25 – 27 Jun 2019, bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Objektif penganjuran mesyuarat dan semakan semula ini adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan daripada pegawai-pegawai JAS bagi menambahbaik SOP Pengawasan Marin dan Draf Modul Latihan Standad dan Indeks Kualiti Air Marin Malaysia ke arah pemakaiannya oleh pegawai-pegawai JAS Malaysia.

Ianya melibatkan seramai 30 orang wakil yang terdiri daripada pegawai-pegawai senior dari JAS negeri, Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) dan Syarikat Pakar Scieno Transwater Sdn Bhd .

Mesyuarat kerja ini adalah penting untuk mendapatkan input daripada pegawai-pegawai JAS yang terlibat dalam pengawasan kualiti air marin / pengawasan alam sekitar supaya SOP Pengawasan Marin yang telah diterbitkan pada tahun 2010 dapat ditambahbaik berdasarkan Standad dan Indeks Kualiti Air Marin yang telah dikaji semula dan diguna pakai pada 23 Mac 2019.

Selain itu, SOP sedia ada hendaklah selaras dan menepati kehendak semasa sepertimana yang telah dipersetujui dalam Program Pengawasan Alam Sekitar (EQMP). Dalam hal ini, satu modul latihan mengenai Pengawasan Marin akan diperhalusi oleh pegawai-pegawai JAS demi untuk meningkatkan pembangunan modal insan pegawai JAS dalam Pengawasan Kualiti Air Marin di Malaysia.

Post a comment

Share on:

Paparan terbaik menggunakan IE9 keatas / Mozilla Firefox 11 ke atas dan Google Chrome, resolusi 1280 x 720. EKMC@

Share on:
Enviro Knowledge Center